Monday, August 15, 2011

10 Sebab Utama Membantah Penggunaan Cyanide Dalam Operasi Perlombongan Emas

1) Penduduk enggan menjadi mangsa perlombongan emas yang menggunakan Cyanide
Penduduk mengalami ketidakselesaan fizikal seperti kegatalan dan ruam kulit, kekeringan mata dan mata berair, ketidakselesaan tekak, kesukaran bernafas, mual dan muntah, sakit dan pening kepala, insomnia serta lain-lain simptom selepas operasi Raub Australian Gold Mine (RAGM). Kesihatan penduduk tempatan terjejas.

2) Pencemaran udara – Sulfur Dioxide (SO2) dan Hydrogen Cyanide (HCN) adalah jauh melebihi piawaian indeks.

3) Logi RAGM bersebelahan dengan kawasan perumahan tanpa zon penampan. Ia merupakan lombong emas yang paling dekat dengan kawasan perumahan di dunia.
4) Penggunaan banyak bahan kimia yang berbahaya dan bertoksik :
· 400 tan Sodium Cyanide, 131.4 tan Sulfur Dioxide dan lain-lain bahan kimia berbahaya digunakan tahunan.

5) Logi perlombongan emas tidak memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa, dan tidak mendapat pengiktirafan Kod Pengurusan Cyanide Antarabangsa (International Cyanide Management Code).
Pakar Sains Alam Sekitar berwibawa dari Amerika Syarikat, Dr. Glenn C. Miller membuat penyiasatan di Bukit Koman, beliau membuat kesimpulan bahawa logi perlombongan emas di Bukit Koman tidak memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa.

6) RAGM tidak mengumumkan cara penyahtoksikan dan pengendalian sisa-sisa, air dan gas bertoksik serta pelan pemuliharaan alam sekitar.

7) Banyak negara maju telah melarang penggunaan Cyanide dalam perlombongan emas
Seperti German, Turki, Romania, Greece, Honduras, Argentina, dan negeri Colorado, Wisconsin dan Montana di Amerika Syarikat.

8) RAGM tidak mengumumkan Pelan Tindakan Kecemasan
9) Malang tidak berbau. Banyak kemalangan tumpahan dan kebocoran Cyanide berlaku di seluruh dunia yang mengancam nyawa dan alam sekitar.

10) RAGM tidak berhajat untuk menjalankan penyahtoksikan kerana Peninsular Gold Limited (PGL, syarikat ibu RAGM) telah menyatakan dalam dokumen yang dikemukakan kepada Bursa Saham London, bahawa ‘Tiada permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk menjalankan penyahtoksikan. Oleh itu, kos penyahtoksikan tidak termasuk dalam bujet PGL.’

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining