


Penduduk Bukit Koman Raub membantah pernyataan YB NYY yang tidak bertanggungjawab.
YB NYY mengatakan perlombongan emas dengan menggunakan Cyanide adalah mengikut tatacara yang sah dan mengapalah masalah ini ditujukan kepadanya?
Bantahan (1): a) Benarkah perlombongan emas dengan Cyanide adalah mengikut tatacara yang sah di sisi undang-undang?
Kemudahan perkilangan perlombongan emas didirikan di sekitar perkampungan Bukit Koman, iaitu lingkungan kawasan yang tidak mempunyai Zon Perantaraan ( Buffer Zone ). Mengapakah kerajaan masih membenarkan pembinaan kilang ini?
b) Berlandaskan "Akta Kawalan Risiko Kemalangan Sektor Perindustrian 1996"(under CIMAH Regulation, Part 1 Schedule 2, Group 2) ~
Mana-mana sektor perindustrian yang pada bila-bila tempoh masa ada menyimpan, memproses atau menggunakan bahan kimia berbahaya terutamanya Sodium Cyanide yang kuantitinya melebihi 20 ton, pihak berkenaan adalah diwajibkan melaksanakan "Pelan Tindakan Kecemasan Di Luar Tapak Operasi"(off-site emergency respond plan. Di samping itu, pihak berkenaan mesti mengumumkan maklumat yang berkaitan kepada penduduk yang terlibat. Maklumat ini termasuklah:
(i) Tahap keracunan bahan kimia yang digunakan,
(ii) Cara bagaimana sesi komunikasi harus dianjurkan seandainya berlaku sebarang kecemasan,
(iii) Latihan sewajarnya yang melibatkan penduduk tentang cara penyelamatan diri semasa kecemasan diadakan.
Walau bagaimanapun, pihak pelombong emas langsung tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.
Bantahan (2) : Mengapakah isu perlombongan emas ini ditujukan kepadanya?
Latar belakang peristiwa:
Pada tahun 2006, pengerusi Persatuan MCA cawangan Bukit Koman, En. Woon Min Seong mendedahkan isu penggunaan cyanide dalam perlombongan emas. Dia menyeru agar semua penduduk tampil ke hadapan untuk membantah. Pada masa itu persatuan MCA, Pemuda MCA dan Persatuan Wanita MCA berjanji akan menjadi penyokong utama penduduk. En. Woon memimpin penduduk menuju ke Pulau Pinang daripada Sahabat Alam Malaysia (S.A.M) bagi mendapatkan bantuan khidmat guaman. Namun, setelah permulaan pembinaan kilang perlombongan emas, didapati bahawa kerabat diraja yang terliba maka pihak MCA terus berubah pendirian mereka dan tidak lagi membantah perlombongan emas dengan Cyanide.
Untuk mempertahankan kampung halaman kami, kami bertekad untuk membantah dengan tenaga kami yang terhad demi generasi kami yang akan datang.
Sebagaimana yang diketahui umum, wakil rakyat sepatunya memperjuangkan hak rakyat di samping membantu menyelesaikan isu yang dihadapi. Namun, semenjak kes perlombongan emas dengan penggunaan cyanide, YB NYY bukan sahaja tidak pernah bertemu dan mendengar masalah dan kesukaran kami, sebaliknya menyatakan penduduk kampung telah menjadikan isu ini sebagai isu politik. Pendapatnya yang mengatakan dia "Puas" dengan keputusan Makamah Tinggi adalah tindakan yang langsung tidak mempedulikan hak asasi penduduk kampung. Inikah wakil rakyat yang berjiwa rakyat?
Penyelesaian isu perlombongan emas dengan cyanide adalah mustahak dan bukan sebaliknya mengelirukan penduduk dengan pelbagai isu pembangunan yang langsung tiada kaitan sehingga menutup hakitat tentang bahaya perlombongan emas dengan cyanide.
Sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih, YB NYY seharusnya tahu akan keupayaan dan keihklasan berkhidmat untuk rakyat adalah faktor yang paling diutamakan oleh rakyat. Wakil rakyat sewajarnya melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.
黄燕燕日前说山埃采金依法行事!为何把问题丢到她头上?

反驳(一)山埃采金是依法行事?
1) 金矿碳提炼设施建立在新村范围内,完全没有缓冲区(bu

2) 根据《1996年主要工业意外风险控制条规》 (under CIMAH Regulation, Part 1 Schedule 2, Group 2)
• 任何工业在任何时候储存、生产或使用二氧化硫或氢化钠(
• 务必拟定应急措施(off-site emergency respond plan);并主动提供相关资料予民众,这包括:其化学
遗憾金矿公司并没有这么做!
反驳(二)把金矿课题丢到她头上?
事件背景
2006年,马华武吉公满支会主席温敏祥揭发金矿以山埃
为了捍卫家园,保护我们的下一代,我们选择孤身作战反对
人民代议士的责任是为民争取权益,为民处理问题。山埃采

黄燕燕不该唆使妇女组成员反驳子女对于不同政见的立场与
劳勿发展与否不能单以多起几间店屋或多开几间连锁店就能
劳勿受山埃课题困扰是不争的事实,必须针对重点想办法解


黄燕燕不应该以“马来西亚第一位华裔女部长”的理由来乞
0 comments:
Post a Comment