Sunday, March 18, 2012

十岁何小弟皮肤病缠身


Budak Berumur 10 Tahun Menghidap Penyakit Kulit
Seorang budak yang hanya berumur 10 tahun enggan menanggalkan seluarnya kerana seluruh badannya mengalami kegatalan menyebabkan dia menggaru dengan kuat bahagian buntutnya sehingga luka dan mengalirkan darah. Darah yang beku lekat pada seluarnya dan tidak dapat ditanggalkan, inilah sebabnya dia tidak rela menanggalkan seluarnya. Kes yang menyakitkan hati ini bukan ciptaan semata-mata tetapi kisah benar yang berlaku di Bukit Koman, Raub.
Semenjak permulaan operasi kilang perlombongan emas, kulit seluruh badan budak ini menjadi gatal, lebih teruk lagi dia sering terjaga pada waktu malam akibat kesukaran bernafas.
Pada bulan September tahun 2009, satu rancangan televisyen pernah memaparkan kisah ini, namun keadaannya belum pulih meskipun dua tahun telah berlalu. Setiap hari, pengambilan ubat menjadi satu kemestian baginya.
Dengarlah isi hati penduduk kampung memandangkan budak-budak kecil yang lain di sekitar kampung turut mengalami keadaan yang sama.....
如果一个十岁的孩子对你说他的裤子脱不下来,你脑海中会有怎样的猜测?
对不起,答案在你的意料之外!
那是因为他全身发痒,臀部被抓烂至流出血水。血水粘液凝固后裤子就粘得紧紧地脱不下来。。。
这不是虚构的故事,它真实地在武吉公满上演了。
十岁的何小弟自从金矿开始操作以来就皮肤痕痒,时常在夜里还会因呼吸困难而惊醒过来。
2009年9月《追踪档案》曾经报道过此事,奈何两年多后的今日,他的情况依然没有改善,这些日子以来终日以药为伴。
邻居的孩子也一样皮肤有问题,有着同样的症状。。。
听听村民怎么说。。。

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining