Monday, July 30, 2012

警方登门调查武吉公满病患,試圖製造白色恐怖

 Penyiasatan Polis terhadap penduduk tempatan

Tiga orang polis Daerah Raub mengadakan siasatan di rumah En.Woon Soon Fatt( 36 tahun ) pada 26hb kira-kira pukul 11pagi, iaitu salah seorang penduduk tempatan yang diancam penyakit kulit dipercayai akibat perlombongan emas dengan sianida. Pihak polis mengatakan bahawa mereka menerima laporan tentang 383 orang penduduk tempatan yang menerima temu bual kesihatan,maka mereka perlu membuat siasatan dan berharap Woon Soon Fatt akan mengumumkan semua penduduk lain yang terlibat. Namun En. Woon menolak dengan alasan dia tidak jelas dengan maklumat tentang penduduk berkaitan.

Pihak polis melemparkan soalan-soalan seperti pernakah anda melihat Sianida? Bagaiman rupanya Sianida? Anda tidak pernah melihat sianida, bagaimana anda dapat pastikan penyakit kulit anda disebabkan oleh Sianida? Pekerja di kilang lombong tidak mengalami masalah, mengapa pula anda sekeluarga yang menghadapinya? Perjumpaan akhbar sebelum ini di Kuala Lumpur diatur oleh siapa? Siapa pula yang membela segala bayaran anda? 

Menurut En. Woon, pihak polis cuba memberitahunya agar masalah kesihatan yang dihadapi tiada kaitan dengan Sianida. Mereka juga memberi maklum balas tentang bau yang terbebas adalah daripada bahan racun serangga manakala bintik-bintik kuning adalah akibat perubahan suhu. 

Seorang lagi anggota polis juga mengunjungi rumah Hew Ah Ngiow ( 58tahun), iaitu penduduk Bukit Koman yang juga menghadiri perjumpaan akhbar di Kuala Lumpur tempoh hari itu. Pihak polis menyediakan dua salinan laporan dan perlu ditandatangani oleh mereka berdua.

Berikutan dengan kunjungan polis ke penduduk tempatan ini, Ahli Jawatankuasa Antisianida percaya bahawa tindakan pihak polis ini bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan dan seterusnya membawa ancaman psikologi kepada penduduk agar tidak lagi memberi sebarang kenyataan atau lebih kepada konsep" Tutup Mulut"

Pihak kerajaan dan pihak berkaitan mahu penduduk Bukit Koman menunjukkan bukti yang jelas bagi membuktikan masalah kesihatan mereka adalah berpunca daripada Sianida. Walau bagaimanapun, di sebaliknya pihak berkaitan juga tidak dapat menjelaskan isu-isu kesihatan yang dialami oleh penduduk tempatan semenjak operasi kilang emas adalah langsung tiada kaitan dengan perlombongan emas dengan Sianida  

Pihak polis seharusnya melindungi keselamatan rakyat dan bukannya memberi tekanan secara psikologi. Misi Jawatankuasa Antisianida tidak berteraskan politik mahupun antikerajaan, sebaliknya bertujuan untuk mempertahankan hak kebajikan rakyat tempatan.  Dengan itu berharap, pihak kerajaan akan bertindak secara adil dan saksama dengan mengutamakan hakikat tentang ancaman kesihatan akibat Sianida terhadap penduduk.

警方登门调查武吉公满病患,試圖製造白色恐怖

劳勿区3名警员于26日上午11时前往武吉公满其中一病患溫顺发

(36岁)住家进行长达一个小时的盘问。警员声称接获投报,所以得对383名接受健康调查的村民进行调查, 并要求温先生公布所有病患姓名资料, 惟后者以不清楚所有受访者资料为由拒绝。

警员登门调查病患

过 程中,警员除了询问温先生的病情之外, 发问的问题包括: “ 你有看过山埃吗? 山埃是怎样的? ”, “你没见过山埃, 怎能确定皮肤病是由山埃引起?” , “金矿员工都没有健康问题, 怎么你一家六口却有健康问题?” 等. 警员也询及6月20日在吉隆坡隆雪华堂召開的记者招待会是由谁安
排, 为什么温先生要前往, 有没有人付费等.

温先生透露, 警员试图说服他健康问题无关山埃采金, 以”处处传来异味是因为有人喷射农药”,”树叶黄点斑斑是因为气
候变化”来回应他的投诉, 因此他质疑警方立场根本不够中立.

另外, 警员也在现场对另一名有出席隆雪华堂记招的病患邱亚牛(58岁)
进行类似盘问, 较后警方打印两份”口供”要求两人签名.

质疑制造白色恐怖

针对警方上门调查病患事件, 反山埃委员会质疑警方借辞制造白色恐怖, 企图让病患”封口”.

日前发發布的村民健康调查报告显示,有80%的受调查者表示身体
出现超过一种健康问题的症状,包括超过50巴仙的人出现皮肤病状及眼疾,可是至今卫生部或环境部仍未曾对病患进行慰问和治療, 反而由警方介入调查, 用意何在?

政府和相关部门往往要村民出示具体证据,以证明健康问题是山埃采
金所致,然而相关单位却无法解释村民在金矿操作之后健康大受影响的原因,更无法证明这些状况与山埃采金无关.

警方是保护人民维持治安的执法单位, 委员会希望警方不会再有越权或打压村民的事件发生。反对山埃采金
的宗旨出于保护环境保护生态及下一代的生命健康安全,无关政治亦并非反政府,希望政府和相关单位保持中立, 切切实实的探讨山埃采金带来的祸害以保全村民的健康。

勞勿反山埃采金委员会(28/7/2012)

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining