Monday, July 2, 2012

反山埃组织昨会晤马华高层 达致聘专家健康检验四协议






Perjumpaan antara ahli Jawatankuasa Antisianida dan pemimpin MCA seiring dengan persetujuan untuk mendapat pakar kesihatan bagi pemeriksaan kesihatan di samping pencapaian empat memorandum

Hangat pilihan raya semakin dirasai, Persatuan MCA yang sering dikritik sebagai menghindari isu perlombongan emas dengan Sianida di Bukit Koman Raub pada akhirnya telah berhadapan dengan hakikatnya lantaran satu perjumpaan dengan perjumpaan tempatan telah diadakan. Empat persetujuan peringkat awal telah dicapai.


Menurut memo Jawatankuasa Antisianida hari ini, perjumpaan bersama pemimpin MCA di Raub semalam adalah menerusi "saluran khas". Linkungan perbincangan kedua-dua pihak merangkumi ancaman perlombongan emas dengan Sianida daripada RAGM dan isu-isu kritikal tentang kesihatan penduduk tempatan baru-baru ini.


Pihak  yang hadir dalam sesi perjumpaan tertutup yang berlangsung hampir satu jam ini termasuk ahli-ahli Jawatankuasa Antisianida iaitu pengerusi En.Wong Kin Hoong, Setiausaha Hue Fui HowNaib Pengerusi Shirley Hue, AJK Chong Pui Har, Penasihat Tang Ah Chai, Penasihat Tam hui Chun. Yang mewakili pihak MCA pula, president  MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan President  MCA beserta Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Loi, President MCA Wanita, Menteri Pelancongan dan juga sebagai wakil parlimen daerah Raub, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Yang turut hadir, En Sia Hok Kiang dari AJK Persatuan Perlombongan Malaysia.

Kedua-dua pihak telah mencapai empat persetujuan awal.
Setelah pertemuan antara dua pihak berkenaan, empat persetujuan awal telah dicapai di mana MCA akan memberi koordinasi yang sewajarnya di samping berjanji akan melaksanakan pesetujuan tersebut dalam jangka masa yang singkat. Persetujuan awal adalah seperti berikut:
(1)   Menteri Kesihatan bersetuju akan segera menghantar krew rawatan untuk menjalani pemeriksaan badan yang terperinci bagi penduduk di sekitar kawasan perlombongan emas agar dapat mengenalpasti tahap kesihatan penduduk.
(2)   Penempatan alat pengesan kualiti udara di sekitar kawasan perlombongan emas dan beroperasi selama 24 jam. Segala data tercatat akan direkod dengan hadiran kedua-dua pihak. Selain itu, pemeriksaan kualiti air bawah tanah di sekeliling kawasan tapak perlombongan turut akan dilaksanakan dalam setiap jangka masa tertentu. Pengumpulan sebarang data akan diumumkan secara formal kepada masyarakat setiap suatu tempoh masa tertentu tanpa menyembuyikan sebarang maklumat.
Pakar menentukan kesahan kilang lombong
(3)   Penubuhan panel pakar khas yang terdiri daripada pakar kedua-dua pihak di bawah koordinasi MCA, panel ini akan secara bebas keluar masuk tapak perlombongan bagi menjalankan penyiasatan agar mengenalpasti operasi kilang perlombongan adalah sah atau sebaliknya bagi menjamin kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan.
(4)   Rayuan kepada kilang perlombongan emas agar memberi penjelasan kepada penduduk di sekitar berkaitan langkah-langkah pengendalian kecemasan yang sewajarnya seandainya sebarang kemalangan berlaku seperti kemungkinan kemalangan kenderaan yang membawa bahan kimia sianida, kebocoran mana-man gas beracun dari kilang. Sekiranya kecemasan tersebut berlaku, apa yang akan dilakukan oleh pihak kilang dan bagaimana pula cara penduduk tempatan perlu menyelamatkan diri.
Ahli antisianida membuat pernyataaan, mereka berharap agar persetujuan ini akan dapat dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan masalah tentang ancaman kesihatan dan pelbgai masalah lain yang dibawa akibat sianida.

Sekiranya tidak memadai standard, MCA juga akan memprotes
Menurut Sin Chew Daily, Datuk Sri Dr Chua Soi Lek berkata, kedua-dua pihak akan menunggu pakar dari MCA untuk menyenaraikan kaedah pengawasan yang lebih efektif dalam masa dua minggu. Pakar ini akan turut mengenalpasti kesan negatif terhadap kualiti udara dan sumber air akibat penggunaan sianida.
Beliau berkata, jika kilang pelombong emas tidak mampu mematuhi standard yang ditetapkan oleh pakar, maka pihak MCA juga bakal mengikuti protes bersama penduduk Bukit Koman.
The China Press melaporkan dari penyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, perkhidmatan kepakaran yang tiada ikatan politik ini dikenakan bayaran sebanyak USD 1000 ( RM 3800 ) per jam, Segala bayaran akan ditanggung oleh pihak MCA.
Beliau berharap pihak jawatankuasa antisianida akan juga mencari perkhidmatan kepakaran bagi menentukan kesan penggunaan terhadap kesihatan penduduk tempatan. Baginya, ini barulah adil pada keseluruhan pelaksanaan.

Jika mungkir janji, penduduk perlu membayar.
En.Wong Kin Hoong memberitahu bahawa pakar yang dijemput ialah En. Cheah Hock Kin. En. Wong membuat dakwaan bahawa sepatutnya perbelanjaan ini patut diperuntukkan oleh pihak MCA tetapi janji tidak ditunaikan. Meskipun mengalami kesukaran dari segi kewangan, namun mereka tetap akan mendapat kepakaran mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, Datuk Sri Dr Chua Soi Lek sebaliknya mengatakan perbelanjaan untuk mendapat kepakaran iaitu En. Cheah Hock Kin telah ditanggung oleh MCA maka seandainya ahli jawatankuasa antisianida yang ingin mendapat sebarang perkhidmatan kepakaran, segala perbelanjaan mesti ditanggung sendiri oleh jawatankuasa berkenaan.
Empat memorandum yang dikemukakan kepada pihak MCA
(1)   Satu jawatankuasa khas harus ditubuhkan bagi mengaji secara terperinci terhadap keadaan sebenar perlombongan emas dengan sianida. Dalam tempoh penyiasatan, pihak pekilang harus memperhentikan sebarang operasi mereka agar pembebasan asap berbau aneh itu akan berhenti.
(2)   Berikutan dengan ancaman kesihatan penduduk tempatan yang dipercayai disebabkan oleh penggunaan bahan kimia berbahaya itu, pihak RAGM harus menjalani pemeriksaan kesihatan penduduk tempatan seluas lingkungan 3km dari kilang perlombongan emas. Sekiranya mendapati golongan penduduk tempatan yang mengalami masalah kesihatan, maka mereka harus diberi rawatan dengan segera.
(3)   Menubuhkan satu kumpulan kepakaran yang bakal menjalankan tugasan berikut:
i.                    Membuat siasatan tentang keputusan daripada pusat penyelidikan berkaitan pembebasan asap yang berbau aneh sejak dari tahun 2009.
ii.                  Merayu agar melakukan siasatan tentang cara operasi perlombongan emas RAGM, operasi ini termasuk perlombongan emas dengan penggunaan sianida dan cara pengendalian sisa toksik bahan kimia tersebut mengikut standard piawaian antarabangsa atau sebaliknya.
iii.                Ahli kumpulan ini harus dianggotai oleh wakil dari pihak kerajaan, wakil dari RAGM serta wakil dari jawatankuasa antisianida. Ini bagi memastikan sebarang penyiasatan yang dilakukan adalah adil dan boleh diterima oleh semua pihak. Selain itu, setiap proses juga mesti diumumkan secara terbuka.
(4)   Satu proses pemantauan kualiti alam sekitar kilang RAGM wajar dilakukan semula lantaran keputusan yang dijalankan pada tahun 1996 langsung tidak dapat memaparkan keadaan sebenar kesan-kesan yang dibawa sejak operasi perlombongan emas dengan penggunaan sianida pada tahun 2009.




大选逼近之际,过去不断被民间批评逃避劳勿山埃冶金课题的马华终于“面对现实”,与当地居民会晤,同时达致4项初步协议。

劳勿反山埃冶金委员会今天文告表示,他们昨天“通过特殊管道”,昨天与马华高层领袖在劳勿会面,就澳洲金矿公司使用山埃冶金所带来的危害,以及近期村民的健康亮起红灯一事,面对面直接洽谈。

这次将近1个小时的闭门会谈出席者包括:反山埃冶金委员会成员包括主席黄金雄、秘书邱惠豪、副主席雪梨、委员张佩霞、顾问陈亚才、顾问陈慧君等;马华高层领袖则包括马华总会长蔡细历、署理总会长兼卫生部长廖中莱以及妇女组主席、旅游部长兼劳勿区国会议员黄燕燕。

另外,马华也邀请马来西亚矿业公会理事谢福坚列席会议。

双方达致四项初步协议

双方在面谈之后,达致四项初步协议,而马华将协助协调此四项工作,并承诺将在短时间内落实有关协议。这些初步协议如下:

(1)卫生部长同意立即调动该部门医疗队伍,为金矿周边居民进行详细健康检验,以鉴定居民的健康状况。

(2)在金矿周边地区长期装置空气素质探测器,24小时操作,并在双方见证下进行数据记录,也定期在周边地区进行地下水源素质测试,并定期向社会大众发布有关数据,以示透明化。

专家探察矿厂是否守法

(3)成立包含双方专家的特别专家小组,并在马华公会的协调下,由此小组自由进入金矿做实地调查,以鉴定金矿公司的操作是否严格遵守法规,以保障居民的健康与安全。

(4)要求金矿公司对周边地区的村民发布山埃冶金意外事故紧急应对措施说明,告知民众万一发生紧急事故(如运送山埃的卡车发生意外,有毒化学物质泄漏等),金矿公司如何应急,村民如何逃生等。

反山埃冶金委员会表示,他们期待初步协议能早日落实,而最终目标则是全盘解决山埃冶金所带来的各项问题和威胁。

若不符标准马华也示威

而《星洲日报》报道,蔡细历就这次会晤表示,双方将等候“马华所安排的中立专家”,在两个星期后提出更有效的监督方案。这名专家同时也将探讨山埃采金是否对空气和水源产生污染。

蔡细历也表明,假如金矿公司不能满足专家设定的标准,马华会跟当地居民“一起去示威”。

《中国报》更报道,蔡细历宣称这名专家“超越政治”,“一小时收费1000美元(3080令吉)”,其费用将由马华支付。

蔡细历也敦促反山埃采金委员会自己找专家,全面探讨山埃采金是否影响人民健康的课题,“这样才会较公平”。

违诺要居民自费聘专家

另一边厢,劳勿反山埃冶金委员会主席黄金雄向《当今大马》证实,马华所聘请的专家就是谢福坚。

针对聘请本身专家的呼吁,反山埃采金委员会在今天文告批评蔡细历违背去年的“将资助村民聘请专家”承诺。

“蔡细历声明马华公会本身已经聘请专家,即谢福坚先生,因此,若反山埃冶金委员会拟聘请专家,该委员会须自行解决经费问题,马华将不提供任何资助。”

黄金雄也透露,尽管该组织经济拮据,但它们仍将设法找来一个代表他们的专家。

给马华提呈四点备忘录

反山埃冶金委员会在昨天会晤时,也提呈一份备忘录给马华高层领袖,提出四点诉求,即:

(1)成立一个独立的专家团,针对澳洲金矿公司采用山埃冶金的状况,进行透彻的调查;在调查期间,要求金矿公司停止运作,以免继续释放出特殊的怪味。

(2)基于村民的健康怀疑受到山埃及相关作业释放的化学品污染的威胁,要求针对澳洲金矿公司3公里范围内的村民立即进行透彻的个人健康检查;若有发现健康状况欠佳者,应马上接受医药治疗。

(3)设立一个专家团,其职责包括下列各项:

(i)要求调查经检测所发现,自2009年2月开始出现在劳勿武吉公满新村具有特殊气味的气体。

(ii)要求检验澳洲金矿公司所宣称其冶金的运作,包括山埃的采用及其废料的处理,符合本国及国际的相关准则。

(iii)专家团的成员应包含所有主要利益相关者,包括政府、澳洲金矿公司武吉公满反对山埃冶金委员会的代表,以确保调查过程没有偏颇,调查结果受到各方接纳。各阶段之调查进展的相关资讯必须对公众公开。

(4)重新进行金矿公司的环境评估报告,因为之前的环境评估报告是在1996年进行,无法正确反映2009年该公司开始采用山埃冶金的状况。
http://www.malaysiakini.com/news/202457

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining