Friday, August 31, 2012

Penduduk dihantui masalah gatal kulit

Woon dan keluarga tinggal berdekatan dengan lombong emas Bukit Koman.

Woon sekeluarga (6 ahli keluarga) mempunyai masalah gatal kulit setengah tahun selepas lombong emas RAGM mula beroperasi pada Feb 2009. Woon pula sering rasa pening kepala, sesak nafas dan kelesuan... Beliau pernah berhenti kerja selama beberapa bulan akibat masalah kesihatan.

Kos rawatan beliau sekeluarga dalam 3 tahun ini melebihi RM10,000. Memandangkan beliau hanya seorang pembaiki motosikal, kos rawatan tinggi ini menjadi satu beban berat yang terpaksa ditanggung olehnya.

Beliau teringin sangat nak pindah ke tempat lain demi masa depan anak-anak kesayangannya tapi keadaan ekonomi tidak mengizinkan...

Adalah pindah dari kampung halaman tersayang merupakan alternatif terakhir untuk mengelakkan diri kita daripada ancaman pencemaran?

TIDAK!!!! Mereka yang tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan sahaja yang patut berambus!

Penduduk Raub memohon kehadiran dan sokongan anda ke Himpunan Hijau Raub pada 2hb September, di Padang Kompleks Sukan Raub. Mari kita berganding bahu untuk menyelamatkan generasi muda kita! Jumpa di Raub!

http://www.ntv7.com.my/mandarin7/special-report-ch/_1346411526.html

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining