Friday, August 31, 2012

Sembayang Bulan Hantu







Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (鬼月).
 

Adat biasa yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu sebagai tanda melayan orang yang telah meninggal, seolah-olah mereka masih hidup.

Penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran dengan lombong emas RAGM menjalankan sembahan ini di hadapan RAGM setiap tahun untuk memohon supaya diberkati roh leluhur....Berdoa agar lombong emas kehabisan emas, kilang emas kotor dapat ditutup dengan secepat mungkin, barulah penduduk tidak lagi dihantui kekhuatiran, ketakutan dan hidup sihat.

一年一度劳勿澳洲金矿门前祭祀, 祈求亡灵庇佑,金矿黄金化水,矿厂关闭,人民才有好日子过。。。

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining