Tuesday, September 4, 2012

AJK Himpunan Hijau Raub 902 disiasat polis


Pihak polis mengambil kenyataan daripada 3 AJK Himpunan Hijau Raub 902 hari ini... Polis ingin mendapat penjelasan tentang:

1) Peserta di bawah umur 15 tahun
Pihak penganjur telah berusaha untuk menyampaikan pemberitahuan bahawa peserta di

bawah 15 tahun tidak dibenarkan menyertai himpunan aman ini melalui kenyataan akhbar di media-media utama dan juga media sosial... Pihak penganjur telah menjalankan tanggungjawab kami...
Lagipun, padang itu tempat awam yang selalunya ibubapa membawa kanak-kanak mereka untuk berlari dan bermain di sana... adalah salah bagi ibubapa untuk berbuat demikian?

2) "Perarakan"
Ban Cyanide Action Committee berhajat untuk menyerah memorandum di hadapan pintu lombong emas RAGM pada 902. Sedangkan pihak polis telah memberi jaminan berkali-kali bahawa pihak polis akan membawa wakil PENGURUSAN dari RAGM ke pentas pada pukul 3:30pm untuk penerimaan memorandum (dan RAGM sudah pun bersetuju), pihak penganjur memang setuju dengan cadangan polis dan bersedia memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada polis. Akan tetapi, pihak polis telah mungkir janji, tidak membawa wakil pengurusan dari RAGM seperti mana dijanjikan.Barulah pengerusi mula berjalan ke lombong emas untuk penyerahan memorandum. JANJI TIDAK DITEPATI!

Selanjutnya, pihak polis akan mengambil kenyataan daripada 2 orang AJK lagi pada 11:00am, hari ahad ini (9-9-2012).

Rakan-rakan seperjuangan, bersatu kita teguh! Marilah kita berganding bahu dan terus berjuang sampai suara kita kedengaran!

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining