Tuesday, September 18, 2012

Ketua Gerakan Ban Cyanide dipanggil siasatan polis kali ke-3




Ketua Gerakan Ban Cyanide Raub (BCAC) En. Wong Kin Hoong sekali lagi dipanggil untuk siasatan polis pada pukul 11:00 pagi ini. Setiausaha BCAC En. Hue Fui How turut dipanggil pada kali ini. Ini adalah kali ke-3 dalam masa 14 hari En. Wong dipanggil untuk siasatan selepas Himpunan Hijau Raub 902.
Sedangkan Ketua Polis Daerah Raub telah pun mengatakan bahawa Himpunan Hijau Raub tu adalah himpunan ya

ng aman, kenapa pula pihak polis ni mengambil tindakan tidak terhenti dan menimbulkan gangguan berterusan kepada mereka yang tidak bersalah tetapi menuntut keadilan?

反山埃运动领袖黄金雄先生今早11时被警方召见问话。这是他继902劳勿绿色集会以来在14天内第三度被召见。这次反山埃另一领袖丘惠豪也一起被召见。
劳勿警区主任已经声明劳勿绿色集会是个和平的集会。但为何警方屡屡采取行动,作出骚扰市民的动作?
他们不是罪犯,他们是捍卫家园,伸张环境正义的英雄!


No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining