Saturday, September 1, 2012

Tinggal 1 hari lagi....





Hanya tinggal 1 hari lagi Himpunan Hijau Raub akan berlangsung di Raub!

Himpunan Hijau Raub
Tarikh: 2-9-2012 (Ahad)
Masa: 2-4 petang

Tempat: Padang Kompleks Sukan, Jalan Bukit Koman, Raub (Sebelah Taman Tasik)

1000 hari telah berlalu. Sejak kilang emas Raub Australian Gold Mining SB (RAGM), mula mengguna cyanide untuk mengekstrak emas pada Feb 2009, kami menderita kerana kegatalan kulit, mata berair, masalah sistem pernafasan, batuk, kelesuan dan pening.

Semua rayuan kami kepada pihak berkuasa telah diabaikan. Semua kaedah buli telah dikenakan ke atas kami. Kami berazam untuk membantah penggunaan cyanide dalam perlombongan emas.

Kami bertekad menyelamatkan kampung halaman kami serta memperjuangkan keselamatan generasi muda kami.

Pencemaran tidak mengenal bangsa, agama dan pandangan politik seseorang. Rakyat berhak untuk hidup sihat tanpa pencemaran.

Hadirilah Himpunan Hijau Raub 902!
Suarakan pendirian kita terhadap lombong emas KOTOR!

Datanglah beramai-ramai! Mari kita berganding bahu untuk memperjuangkan alam sekitar yang hijau dan selamat untuk generasi kita yang akan datang.

902, kita jumpa di RAUB!

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining