Saturday, January 26, 2013

Udara di Kg. Bukit Koman dicemari Hydrogen Cyanide!


Feb 2009, Syarikat Raub Australian Gold Mining SB (RAGM) mula melombong emas dengan penggunaan sodium cyanide di sebelah Kg. Bukit Koman Raub.

Ekorannya, penduduk yang tinggal berhampiran dengan lombong emas sering terhidu bau kimia dan mula menghadapi pelbagai masalah kesihatan (masalah gatal kulit, respirasi, pedih mata dan sebagainya). Penduduk dihantui keresahan dan ketakutan.

Permintaan penduduk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah permintaan munasabah, iaitu selagi RAGM beroperasi, JAS seharusnya menjalankan pemantauan udara 24 jam sehari untuk menjamin keselamatan penduduk.

Apa yang amat mengecewakan adalah permintaan penduduk ditolak dengan alasan JAS ada menjalankan pemantauan udara, laporan menunjukkan udara di Kg. Bukit Koman tidak ada masalah dan tidak tercemar! RAGM beroperasi 24 jam sehari tapi pemantauan JAS hanya 3 hari (beberapa jam sehari) setiap bulan!

4 tahun selepas RAGM beroperasi, 4 tahun selepas penduduk di sekitar Bukit Koman Raub hidup dalam kesengsaraan, barulah JAS mengambil tindakan menjalankan pemantauan udara untuk tempoh panjang (diberitahu 6 bulan).

JAS memulakan pemantauannya pada 3hb Jan 2013. Walaupun pemantauan udara hanya dijalankan 15 jam sehari, tapi keputusan telah menunjukkan bahawa penduduk terdedah kepada hydrogen cyanide setiap minit.

Bacaan hydrogen cyanide yang tertinggi setakat ini adalah 1.11ppm!

Kesan pendedahan berpanjangan terhadap Hydrogen Cyanide (kepekatan rendah) boleh menyebabkan gangguan saraf perasa (Parathesias), keletihan, pening, sakit kepala, tidur terganggu, telinga Berdengung (Tinnitus) dan sebagainya. Ini sangat membimbangkan.

Akan tetapi, JAS menentukan had piawaian hydrogen cyanide setinggi 10ppm! Kononnya mereka menghantar mesej kepada orang ramai bahawa bacaan hydrogen cyanide di bawah 10ppm adalah SELAMAT.

Menurut NIOSH (National Institute of Occupational Safety and Health), had piawaian hydrogen cyanide bagi tempat kerja adalah 4.7ppm sahaja. Kenapa pula had piawaian tempat kediaman jauh lebih tinggi daripada tempat kerja???

Kami masih lagi menunggu JAS untuk menjawab soalan ini.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=415375255207654&set=a.399074806837699.95271.397321067013073&type=1&theater
《向阳花》 第二期封面头条独家抢先报道!!

彭亨州环境局在2013年一月上旬开始探测武吉公满的空气素质,两日数据显示,探测器每一分钟都探测到山埃气体,换言之村民无时无刻都可能暴露在毒气中!

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining