Thursday, February 14, 2013

Udara dicemari Hydrogen Cyanide




Pegawai yang berkata bahawa Hydrogen Cyanide dalam lingkungan 10ppm adalah selamat dipersilakan tinggal di Bukit Koman untuk menikmati udara yang serba "segar" ini...

****************************

Bacaan hydrogen cyanide tertinggi yang dapat dikesan oleh JAS setakat ini ialah 1.11ppm! Udara di Bukit Koman dan kawasan persekitarannnya telah dicemari hydrogen cyanide!

Bacaan Hydrogen Cyanide di Kg. Bukit Koman jauh lebih tinggi daripada Ambient Air Standard yang ditetapkan oleh negara lain:

New York: 0.03ppm
Virginia: 0.072ppm
North Dakota: 0.09ppm
North Carolina: 0.109ppm
Connecticut: 0.199ppm
Nevada: 0.215ppm
South Carolina: 0.226ppm

Russia: 0.00905ppm
The Czech Republic: 0.00724ppm

Kesan pendedahan berpanjangan terhadap Hydrogen Cyanide (walaupun kepekatan rendah) boleh menyebabkan gangguan saraf perasa (Parathesias), keletihan, pening, sakit kepala, tidur terganggu, telinga Berdengung (Tinnitus) dan sebagainya. Keadaan ini sangat membimbangkan.

Akan tetapi, JAS menetapkan 10ppm bagi had piawaian hydrogen cyanide di Kg. Bukit Koman. Kononnya bacaan hydrogen cyanide di bawah 10ppm adalah SELAMAT. Ini telah mengelirukan orang ramai. Kami mengkritik perbuatan JAS yang tidak bertanggungjawab ini.

Menurut NIOSH (National Institute of Occupational Safety and Health) dan ACGIH (American Conference of Governmental Industrial Hygenists), had piawaian hydrogen cyanide bagi tempat kerja adalah 4.7ppm sahaja.

Kenapa had piawaian tempat kediaman jauh lebih tinggi pula daripada tempat kerja???



Untuk mengetahui bacaan terkini, sila layari / 最新山埃气体指数,请浏览
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.569295886432700.143000.464752543553702&type=1
 
彭亨州环境局在2013年一月上旬开始探测武吉公满的空气素质。数据显示,探测器几乎每一分钟都探测到山埃气体,村民几乎无时无刻都暴露在超标的毒气中!到目前为止,环境局所探测到的山埃气体指数最高为1.11ppm! 武吉公满和周边地区的空气已经受山埃污染!

各国含山埃空气素质标准:
纽约: 0.03ppm
苏联: 0.00905ppm
捷克: 0.00724ppm

我国山埃气体的工业安全标准(8小时工作时间)是4.7ppm, 但为何环境局在民宅所设定的山埃气体上限(10ppm)竟远远高于工业安全标准???



No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining