Wednesday, March 13, 2013

Kerajaan hentikan semua kebohongan!


Pada tahun 2009, Dato Hoh Khai Mun, Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar & Kesihatan, pernah memberi jaminan kepada penduduk Raub bahawa kerajaan akan mengambil tindak terhadap syarikat lombong emas sekiranya Cyanide dapat dikesan dalam udara.
Pada tahun 2013, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengakui pengesanan Hydrogen Cyanide yang berkepekatan tinggi (0.92ppm) di kawasan tersebut.
Tetapi kini kerajaan membela syarikat lombong emas dengan alasan Hydrogen Cyanide adalah selamat jika tidak melebihi 10ppm!
JAS menetapkan 10ppm bagi had piawaian Hydrogen Cyanide di kawasan kediaman, sedangkan had piawaian bagi tempat kerja hanyalah 4.7ppm! Pertimbangan ini adalah tidak wajar dan tidak masuk akal langsung!
Jika berbanding dengan Ambient Air Standard yang ditetapkan oleh negara lain, bacaan Hydrogen Cyanide di Kg. Bukit Koman (0.92ppm) jauh lebih tinggi daripada The Czech Republic (0.00724ppm), Russia (0.00905ppm) dan New York (0.03ppm).
Menurut OEHHA,pendedahan berpanjangan kepada Hydrogen Cyanide yang melebihi 0.008ppm akan menyebabkan masalah sistem saraf pusat , pembesaran tiroid, gangguan hematologi (sel darah merah). Keadaan ini sungguh membimbangkan.

Hentikan semua kebohongan! Kita mahukan kerajaan yang ikhlas dan prihatin kepada rakyat!
Jom ubah! Ini Kalilah!

2009年,拿督何启文(地方政府、环境及卫生委员会主席)曾向劳勿人民保证“如果发现空气中有山埃成份,政府将严厉对付金矿公司。”
2011年,环境局证实武吉公满的山埃空气浓度高达0.92ppm。有关当局却为金矿公司护航反说“只要山埃不超过10ppm就是安全的。”
环境局在民宅所设定的山埃气体指标(10ppm)竟高过工业安全指标(4.7ppm)许多!此考量完全不合逻辑
若与他国的含山埃空气素质标准相比~捷克( 0.00724ppm),苏联( 0.00905ppm),纽约(0.03ppm),我国彭亨劳勿武吉公满的山埃空气指数(0.92ppm)严重超标!
长期暴露于高于0.008ppm 的山埃气体将对中枢神经系统造成影响,造成甲状腺肿大和导致血液系统疾病!武吉公满及周边居民的健康已拉警报!

请停止一切的谎言!我们要的是有诚意和以民为本的政府!
支持改朝换代!

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining