Tuesday, April 2, 2013

BN, cukup! 国阵,人民受够了!

Please share!
1997, kerajaan meluluskan projek lombong emas dengan penggunaan cyanide tanpa pengetahuan penduduk Raub.
2006, penduduk mengetahuinya dan Ban Cyanide Action Committee (BCAC) ditubuhkan atas sokongan penuh MCA.
2007, MCA mengubah pendiriannya dan berundur diri dari gerakan Ban Cyanide. Perjuangan penduduk yang seterusnya difitnah "emosional" , "dihasut oleh parti pembangkang" dan "mempolitikkan isu cyanide".
2008-2013, Ahli Parlimen Dato Seri Ng Yen Yen tidak pernah berjumpa dengan penduduk dan aduan penduduk tidak dipedulikan.
2009-2012, Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaacob menjadi Ketua Kampung Bukit Koman.
2009, penduduk Raub dihantui penyakit kulit sejak lombong emas mula beroperasi.
2010, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Hoh Khai Mun berkata, penyakit kulit penduduk tiada kaitan dengan cyanide, tapi mungkin disebabkan oleh cuaca, sabun, emosional, kemurungan dan alahan makanan.
Mei 2012, BCAC menjalankan kaji selidik kesihatan penduduk. Didapati 50% responden menghadapi masalah kulit!
6 Ogos 2013, Menteri Kesihatan Dato Seri Liow Tiong Lai menafikannya dengan pernyataan "penduduk tidak ada masalah kesihatan dari 2009 hingga Jun 2012".
13 Ogos 2013, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Lokman Hakim pula mengakui 34% responden menghadapi masalah penyakit keputusan kem kesihatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.
2009, YB Hoh Khai Mun pernah menjanji bahawa kerajaan akan mengambil tindakan sekiranya cyanide didapati dalam udara.
Fe 2013, keputusan pemantauan udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Hydrogen Cyanide dalam udara mencatat 1.15ppm, tapi JAS berkata pula Hydrogen Cyanide di bawah 10ppm adalah selamat!

Janji di capati? Cukup! Sudah cukup! Hentikan semua pembohongan! Sampai bila kerajaan mahu bohong rakyat???
Kita mahukan kerajaan yang ikhlas dan bersedia untuk berkhidmant demi rakyat!
Ubah! Ini kali lah!
Keluar mengundi untuk menuntut hak-hak kita dan hak keadilan alam sekitar!

Janji di capati? Cukup! Hentikan semua pembohongan! Sampai bila kerajaan mahu bohong rakyat???
Kita mahukan kerajaan yang ikhlas dan bersedia untuk berkhidmant demi rakyat!
Ubah! Ini kali lah!
Keluar mengundi untuk menuntut hak-hak kita dan hak keadilan alam sekitar!
 

面对国阵一次又一次的推卸责任,欺骗人民,人民已经忍无可忍!
够了!停止一切的谎言!我们要的是真诚为民服务的政府。支持改朝换代!
请踊跃投票,这一票为我们的子孙投,也为环境正义而投!

Versi Bahasa Mandarin 华语版 http://www.youtube.com/watch?v=K2Y0yUmuq24
Versi Bahasa Malaysia 国语版 http://www.youtube.com/watch?v=f0WV7cmJMNY

No comments:

About Me |简介

Kami adalah penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Koman, Raub. Sememangnya, kami seharusnya dapat menikmati rahmat yang ditakdirkan, iaitu tinggal dengan aman. Namun, ketenteraman dan kesihatan penduduk tergugat apabila apabila lombong emas yang bersebelahan dengan rumah kediaman kami mengguna Sodium Cyanide dalam perlombongan. Ratusan penduduk mengadu tentang masalah kesihatan dalam tempoh 1 bulan selepas lombong emas mula beroperasi pada Febuari 2009. Kami tidak dapat lagi bertoleransi dengan ancaman ini. Untuk menjamin keselamatan ahli keluarga tersayang dan masa depan generasi kami yang akan datang, kami sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung halaman kami. 我们是在劳勿武吉公满土生土长数十年的普通居民。本已到了知天命之年,奈何眼见挚爱的家园因为山埃的入侵,面临沦为“毒村”的致命威胁,我们决定站出来,抗战到底!为了我们爱惜的家人,为了我们的下一代,背水一战,决不妥协! Email:bancyanide@Gmail.com Facebook: https://www.facebook.com/BanCyanideInGoldMining